Tanaman Hiasan

Mei 20, 2009

KHB Tingkatan Dua

TANAMAN HIASAN

5.1 Pemasuan Semula

poko hiasan

Tujuan Memasu Semula

1.  Memudahkan tanaman hiasan memperoleh nutrient, air dan cahaya matahari

2.  Membolehkan pasu atau bekas dialihkan dan dipindahkan dengan mudah

3.  Memudahkan kerja-kerja penjagaan seperti menyiram, menggembur dan membaja

4.  Menggantikan pasu lama atau saiz pasu yang tidak sesuai dengan saiz tanaman

Ciri-Ciri Tanaman Hiasan Memerlukan Pemasuan Semula:

padat dak berakarpemasuanpasu pecahakaar

1. Pasu telah retak atau pecah

2. Medium terlalu padat menyebakan akar sukar menembusi medium

3. Akar terkeluar daripada lubang saliran pasu

4. Air siraman didapati bertakung di permukaan medium

5. Tanaman hiasan kurang subur dan berpenyakit

Memilih Pasu

pasu1pasu2

-          Terdapat pelbagai jenis pasu yang ada di pasaran seperti pasu seramik, pasu tanah liat dan pasu plastic.

-          Selain pasu, tayar terpakai, sabut kelapa, kotak kayu boleh digunakan

Ciri-ciri utama pemilihan pasu ialah:

  • Saiz pasu hendaklah sesuai dengan saiz pokok yang hendak dipasu semula
  • Pasu hendaklah mempunyai lubang saliran bagi memudahkan air yang berlebihan keluar
  • Mudah dibersihkan
  • Menarik dan kemas
  • Ringan supaya pasu mudah dialihkan.

Kelebihan menanam tanaman dalam pasu

-       Tanaman mudah dialihkan

-       Tidak memerlukan kawasan yang luas

-       Boleh disusun dengan susunan yang menarik

Kekurangan menanam tanaman dalam pasu

-          Terhad kepada beberapa jenis tanaman kecil sahaja

-          untuk tanaman jangka masa singkat sahaja

-          perlu pemasuan semula apabila tanaman kurang subur

Menyediakan Medium Memasu

Medium memasu terdiri daripada campuran: (LOP)

I) tanah loam (L)

II) bahan organik (O)

III) pasir sungai (P)

medium campuran

Campuran medium memasu


Nisbah penyediaan bahan-bahan ini ialah(berdasarkan isipadu):

  1. 7:3:2 atau
  2. 3:2:1 (jika tanah loam mengandungi kadar tanah liat yang tinggi)

Aktiviti: Penyediaan Medium Memasu

Langkah-langkah:

  1. Longgokkan ketiga-tiga bahan (tanah loam, bahan organic dan pasir sungai) secara berasingan
  2. Tapiskan medium tersebut, untuk mengasingkan kayu, batu atau objek lain yang tidak diperlukan.
  3. Sukat medium memasu menggunakan baldi kecil mengikut nisbah.
  4. Gunakan sudip tangan untuk mengaulkan medium itu supaya sebati.
  5. Masukkan medium tadi ke dalam pasu sehingga ¾ bahagian pasu
  6. Siram medium di dalam pasu tadi sehingga lembap.

Tips Penyediaan Pasu

-    Pilih jenis pasu yang sesuai dengan tanaman tersebut

-    Pilih pasu yang lebih besar daripada pasu asal

-    Jika menggunakan pasu baru , rendam semalaman dalam air

-    Jika menggunakan pasu terpakai, rendam dalam larutan formalin semalaman untuk membunuh bakteria

-    Tutup lubang pasu dengan serpihan pasu atau dengan batu kelikir untuk menggelakkan medium keluar ketika menyiram

Aktiviti: Memasu Semula Tanaman Hiasan

Langkah-langkah:

  1. Lembapkan medium tanaman hiasan
  2. Pangkas akar yang terkeluar dari lubang saliran dengan parang
  3. Ketuk dinding pasu secara perlahan-lahan supaya medium tidak melekat pada dinding pasu.
  4. Pegang pangkal tanaman hiasan. Tarik perlahan-lahan untuk mengeluarkannya atau terbalikkan pasu, kemudian ketuk secara perlahan-lahan sehingga medium asal keluar dari pasu.
  5. Pangakas dahan dan ranting yang tidak diperlukan pada pokok tersebut menggunakan sekateur
  6. Potong 1/3 bahagian medium lama.
  7. Letakkkan 2/3 bahagian medium lama yang dipotong di tengah-tengah pasu.
  8. Tambahkan medium memasu sehingga 2.5cm dari bibir atau permukaan pasu.

Memasu juga adalah proses memindahkan anak pokok daripada beg poli ke dalam pasu

anak pokok

Penjagaan Tanaman Hiasan

A. Merumput

merumput

-          membuang rumpai bagi mengelakkan persaingan antara rumpai dan tanaman hiasan bagi mendapatkan nutrient, cahaya, air dan ruang.

B. Menggembur Tanah

mengembur

-          Untuk melonggarkan medium yang keras atau padat bagi memudahkan akar menyerap air dan nutrient.

-          Untuk memudahkan akar menembusi tanah dan membaiki pengudaraan tanah.

C. Membaja

membaja tanaman

-          Membekalkan nutrien mencukupi untuk tumbesaran tanaman hiasan. Boleh guna baja kimia atau baja organic.

D. Menyiram

menyiram

-    Membekalkan air mencukupi untuk tanaman. Jangan menyiram terlalu tinggi daripada permukaan medium kerana akan menyebabkan medium perpercik keluar daripada pasu

poko pasu1pasu pokok

Alatan :

Sudip Tangan

sudip tangan

Sekateur

sekateur

Serampang Tangan

serampang tangan

Bekas Menyiram

bekas menyiram


ASAS KEUSAHAWANAN

Mei 19, 2009

KHB KT Tingkatan Dua

PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

3.1 ASAS KEUSAHAWANAN

tan sri loh boon siew

Pengertian Usahawan:

  • seseorang yang memulakan sesuatu(inisiatif), bijak menggunakan idea (kreatif), sentiasa membuat pembaharuan dan pengubahsuaian(inovatif),dan sanggup menghadapi risiko serta berusaha untuk menjayakan sesuatu (berorientasikan kejayaan)

Pengertian Keusahawanan:

  • kesanggupan atau kebolehan dan kemahuan seseorang individu bertindak dengan tepat dan cekap untuk menjayakan perniagaannya

Perbezaan Usahawan dan Peniaga:

Usahawan:

  • mementingkan sumbangan kepada masyarakat dan keuntungan
  • sentiasa berusaha memajukan perniagaan dengan mencipta sesuatu yang baru atau membuat pembaharuan kepada produk yang sedia ada.

Peniaga:

  • mementingkan keuntungan sahaja
  • hanya melakukan aktiviti jual dan beli sahaja.

Ciri-ciri Usahawan:

  1. Kreatif
  2. Inovatif
  3. Sanggup Menghadapi RIsiko
  4. Bijak Merebut Peluang
  5. Daya Usaha Berterusan
  6. Berpandangan Jauh

Bidang Kegiatan Usahawan

a) Pengeluaran

  • Menjalankan kegiatan memproses atau menghasilkan barang-barang
  • Meliputi:
  1. Bidang ekstraktif (perhutanan, perlombongan, perikanan)
  2. Bidang perkilangan (memproses barang mentah kepada barang siap/separuh siap)
  3. Bidang pembinaan (aktiviti menggunakan barang separuh siap/siap untuk dipasang, diadun atau dibina supaya menjadi barang lengkap.img_industries_manufacturing
  4. Bidang pertanian (aktiviti bercucuk tanam dan penternakan)

pertanian

b) Perkhidmatan

  • Member perkdimatan secara terus kepada pelanggan
  • 3 jenis:
  1. Perkhidmatan langsung (mekanik, tukang gunting rambut)
  2. Perkhidmatan awam (guru, polis, jururawat)

photo_fam_needs_doctor

  1. Perkhidmatan perdagangan (agensi perbankan)

c) Pemasaran/Agihan

  • Mengagihkan barang yang dikeluarkan daripada pengeluar kepada pengguna
  • Contoh:
  • Pernigaan runcit (penjaja, pasar raya, kedai sejaras)

pasaraya

  • Perniagaan borong (ejen, pemborong saudagar)
  • Pengedar (pengedar kereta)
  • Jualan terus (jurujual dengan pengguna)

3.2  Peranan Kerajaan Dalam Membantu Usahawan

Agensi Kerajaan yang Membantu Usahawan:

  • Majlis Amanah Rakyat – MARA(bimbingan dan latihan/pinjaman kewangan)

mara

  • Perbadanan Pembangunan Bandar –UDA (Prasarana)
  • Pusat Pembangunan Usahawan Malaysia – MEDEC (bimbingan dan latihan)
  • Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia – MIDA (galakan)
  • Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia – SIRIM (kajian dan penyelidikan)

sirim_lg

  • Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia –  MARDI (kajian dan penyelidikan)
  • Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri – PKEN (prasarana)
  • Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan – MLVK (bimbingan dan latihan)

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.