Selamat Bercuti ,Hari Gawai dan Berkahwin bagi Guru-Guru

Mei 28, 2009

Selamat Bercuti dan Hari Gawai kepada semua warga sekolah. diharap cuti ini dimanfaatkan sepenuhnya.

Kepada guru-guru, inilah masanya kita menghabiskan masa yang terluang dengan merapatkan hubungan kekeluargaan diantara kita.
Kepada kaum Iban, Perayaan Gawai bakal tiba, sambutlah dengan semangat perpaduan dan muhibah diantara pelbagai kaum.
Kepada para pelajar, manfaatkan masa cuti sekolah dengan aktiviti yang berfaedah. Membantu ibu bapa pada musim cuti amatlah digalakkan. Jika ada masa yang terluang, penuhilah dengan membaca dan mengulangkaji.
Kepada rakan-rakan yang bujang akan melangkah ke alam perkahwinan, selamat pengantin baru. Semoga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur. Selamat menghadapi dunia perkahwinan.

BBQInvitation

Blogged with the Flock Browser

Tanaman Hiasan

Mei 20, 2009

KHB Tingkatan Dua

TANAMAN HIASAN

5.1 Pemasuan Semula

poko hiasan

Tujuan Memasu Semula

1.  Memudahkan tanaman hiasan memperoleh nutrient, air dan cahaya matahari

2.  Membolehkan pasu atau bekas dialihkan dan dipindahkan dengan mudah

3.  Memudahkan kerja-kerja penjagaan seperti menyiram, menggembur dan membaja

4.  Menggantikan pasu lama atau saiz pasu yang tidak sesuai dengan saiz tanaman

Ciri-Ciri Tanaman Hiasan Memerlukan Pemasuan Semula:

padat dak berakarpemasuanpasu pecahakaar

1. Pasu telah retak atau pecah

2. Medium terlalu padat menyebakan akar sukar menembusi medium

3. Akar terkeluar daripada lubang saliran pasu

4. Air siraman didapati bertakung di permukaan medium

5. Tanaman hiasan kurang subur dan berpenyakit

Memilih Pasu

pasu1pasu2

–          Terdapat pelbagai jenis pasu yang ada di pasaran seperti pasu seramik, pasu tanah liat dan pasu plastic.

–          Selain pasu, tayar terpakai, sabut kelapa, kotak kayu boleh digunakan

Ciri-ciri utama pemilihan pasu ialah:

  • Saiz pasu hendaklah sesuai dengan saiz pokok yang hendak dipasu semula
  • Pasu hendaklah mempunyai lubang saliran bagi memudahkan air yang berlebihan keluar
  • Mudah dibersihkan
  • Menarik dan kemas
  • Ringan supaya pasu mudah dialihkan.

Kelebihan menanam tanaman dalam pasu

–       Tanaman mudah dialihkan

–       Tidak memerlukan kawasan yang luas

–       Boleh disusun dengan susunan yang menarik

Kekurangan menanam tanaman dalam pasu

–          Terhad kepada beberapa jenis tanaman kecil sahaja

–          untuk tanaman jangka masa singkat sahaja

–          perlu pemasuan semula apabila tanaman kurang subur

Menyediakan Medium Memasu

Medium memasu terdiri daripada campuran: (LOP)

I) tanah loam (L)

II) bahan organik (O)

III) pasir sungai (P)

medium campuran

Campuran medium memasu


Nisbah penyediaan bahan-bahan ini ialah(berdasarkan isipadu):

  1. 7:3:2 atau
  2. 3:2:1 (jika tanah loam mengandungi kadar tanah liat yang tinggi)

Aktiviti: Penyediaan Medium Memasu

Langkah-langkah:

  1. Longgokkan ketiga-tiga bahan (tanah loam, bahan organic dan pasir sungai) secara berasingan
  2. Tapiskan medium tersebut, untuk mengasingkan kayu, batu atau objek lain yang tidak diperlukan.
  3. Sukat medium memasu menggunakan baldi kecil mengikut nisbah.
  4. Gunakan sudip tangan untuk mengaulkan medium itu supaya sebati.
  5. Masukkan medium tadi ke dalam pasu sehingga ¾ bahagian pasu
  6. Siram medium di dalam pasu tadi sehingga lembap.

Tips Penyediaan Pasu

–    Pilih jenis pasu yang sesuai dengan tanaman tersebut

–    Pilih pasu yang lebih besar daripada pasu asal

–    Jika menggunakan pasu baru , rendam semalaman dalam air

–    Jika menggunakan pasu terpakai, rendam dalam larutan formalin semalaman untuk membunuh bakteria

–    Tutup lubang pasu dengan serpihan pasu atau dengan batu kelikir untuk menggelakkan medium keluar ketika menyiram

Aktiviti: Memasu Semula Tanaman Hiasan

Langkah-langkah:

  1. Lembapkan medium tanaman hiasan
  2. Pangkas akar yang terkeluar dari lubang saliran dengan parang
  3. Ketuk dinding pasu secara perlahan-lahan supaya medium tidak melekat pada dinding pasu.
  4. Pegang pangkal tanaman hiasan. Tarik perlahan-lahan untuk mengeluarkannya atau terbalikkan pasu, kemudian ketuk secara perlahan-lahan sehingga medium asal keluar dari pasu.
  5. Pangakas dahan dan ranting yang tidak diperlukan pada pokok tersebut menggunakan sekateur
  6. Potong 1/3 bahagian medium lama.
  7. Letakkkan 2/3 bahagian medium lama yang dipotong di tengah-tengah pasu.
  8. Tambahkan medium memasu sehingga 2.5cm dari bibir atau permukaan pasu.

Memasu juga adalah proses memindahkan anak pokok daripada beg poli ke dalam pasu

anak pokok

Penjagaan Tanaman Hiasan

A. Merumput

merumput

–          membuang rumpai bagi mengelakkan persaingan antara rumpai dan tanaman hiasan bagi mendapatkan nutrient, cahaya, air dan ruang.

B. Menggembur Tanah

mengembur

–          Untuk melonggarkan medium yang keras atau padat bagi memudahkan akar menyerap air dan nutrient.

–          Untuk memudahkan akar menembusi tanah dan membaiki pengudaraan tanah.

C. Membaja

membaja tanaman

–          Membekalkan nutrien mencukupi untuk tumbesaran tanaman hiasan. Boleh guna baja kimia atau baja organic.

D. Menyiram

menyiram

–    Membekalkan air mencukupi untuk tanaman. Jangan menyiram terlalu tinggi daripada permukaan medium kerana akan menyebabkan medium perpercik keluar daripada pasu

poko pasu1pasu pokok

Alatan :

Sudip Tangan

sudip tangan

Sekateur

sekateur

Serampang Tangan

serampang tangan

Bekas Menyiram

bekas menyiram


ASAS KEUSAHAWANAN

Mei 19, 2009

KHB KT Tingkatan Dua

PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

3.1 ASAS KEUSAHAWANAN

tan sri loh boon siew

Pengertian Usahawan:

  • seseorang yang memulakan sesuatu(inisiatif), bijak menggunakan idea (kreatif), sentiasa membuat pembaharuan dan pengubahsuaian(inovatif),dan sanggup menghadapi risiko serta berusaha untuk menjayakan sesuatu (berorientasikan kejayaan)

Pengertian Keusahawanan:

  • kesanggupan atau kebolehan dan kemahuan seseorang individu bertindak dengan tepat dan cekap untuk menjayakan perniagaannya

Perbezaan Usahawan dan Peniaga:

Usahawan:

  • mementingkan sumbangan kepada masyarakat dan keuntungan
  • sentiasa berusaha memajukan perniagaan dengan mencipta sesuatu yang baru atau membuat pembaharuan kepada produk yang sedia ada.

Peniaga:

  • mementingkan keuntungan sahaja
  • hanya melakukan aktiviti jual dan beli sahaja.

Ciri-ciri Usahawan:

  1. Kreatif
  2. Inovatif
  3. Sanggup Menghadapi RIsiko
  4. Bijak Merebut Peluang
  5. Daya Usaha Berterusan
  6. Berpandangan Jauh

Bidang Kegiatan Usahawan

a) Pengeluaran

  • Menjalankan kegiatan memproses atau menghasilkan barang-barang
  • Meliputi:
  1. Bidang ekstraktif (perhutanan, perlombongan, perikanan)
  2. Bidang perkilangan (memproses barang mentah kepada barang siap/separuh siap)
  3. Bidang pembinaan (aktiviti menggunakan barang separuh siap/siap untuk dipasang, diadun atau dibina supaya menjadi barang lengkap.img_industries_manufacturing
  4. Bidang pertanian (aktiviti bercucuk tanam dan penternakan)

pertanian

b) Perkhidmatan

  • Member perkdimatan secara terus kepada pelanggan
  • 3 jenis:
  1. Perkhidmatan langsung (mekanik, tukang gunting rambut)
  2. Perkhidmatan awam (guru, polis, jururawat)

photo_fam_needs_doctor

  1. Perkhidmatan perdagangan (agensi perbankan)

c) Pemasaran/Agihan

  • Mengagihkan barang yang dikeluarkan daripada pengeluar kepada pengguna
  • Contoh:
  • Pernigaan runcit (penjaja, pasar raya, kedai sejaras)

pasaraya

  • Perniagaan borong (ejen, pemborong saudagar)
  • Pengedar (pengedar kereta)
  • Jualan terus (jurujual dengan pengguna)

3.2  Peranan Kerajaan Dalam Membantu Usahawan

Agensi Kerajaan yang Membantu Usahawan:

  • Majlis Amanah Rakyat – MARA(bimbingan dan latihan/pinjaman kewangan)

mara

  • Perbadanan Pembangunan Bandar –UDA (Prasarana)
  • Pusat Pembangunan Usahawan Malaysia – MEDEC (bimbingan dan latihan)
  • Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia – MIDA (galakan)
  • Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia – SIRIM (kajian dan penyelidikan)

sirim_lg

  • Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia –  MARDI (kajian dan penyelidikan)
  • Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri – PKEN (prasarana)
  • Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan – MLVK (bimbingan dan latihan)

Asas Elektromekanikal

Mei 19, 2009

Selamat Hari Guru 2009

Mei 12, 2009

top_guru

16 Mei merupakan tarikh bermakna bagi semua guru atau warga pendidik. Semua warga pendidik menyambut Hari Guru pada tarikh tersebut. Ia merupakan pengkitirafan dan penghargaan atas jasa-jasa dan sumbangan para guru.  Pemilihan tarikh ini kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.Setiap sekolah di Malaysia akan menyambut Hari Guru. Pelbagai sambutan dan program dilaksanakan pada hari tersebut.

Pada tahun ini,Terengganu akan menjadi tuan rumah Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Ke-38 yang akan disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, 16 Mei ini.

Selamat Hari Guru buat semua guru di Malaysia, terutamanya bekas pendidik saya di :

  • SK Petanak,Mukah (1984-1989)
  • SMK Three Rivers,Mukah (1990-1994)
  • ITMCS (1995-1998)
  • UiTM Kota Samarahan (1998-2000)
  • MPBL (2003)

Rakan seperjuangan di:

  • SMK Three Rivers (latihan praktikum)
  • SMK Kuching High (latihan praktikum)
  • SMK Kapit
  • SMK Kapit No.2
  • SMK Durin

Tema hari guru

  1. 1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara
  2. 1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
  3. 1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
  4. 1975 Guru dan Pembangunan Negara
  5. 1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
  6. 1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
  7. 1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
  8. 1979 Murid Sejahtera Negara Jaya
  9. 1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara
  10. 1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
  11. 1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
  12. 1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
  13. 1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
  14. 1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
  15. 1986 Pendidikan Teras Nasionalisme
  16. 1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
  17. 1988 Guru Pengasas Budaya Membaca
  18. 1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
  19. 1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
  20. 1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
  21. 1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang
  22. 1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
  23. 1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
  24. 1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
  25. 1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
  26. 1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
  27. 1997 Guru Bestari Sekolah Bestari
  28. 1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
  29. 1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
  30. 2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
  31. 2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
  32. 2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
  33. 2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
  34. 2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
  35. 2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
  36. 2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
  37. 2007 Guru Penjana Modal Insan Cemerlang
  38. 2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang
  39. 2009 Guru Pembina Negara Bangsa


Antara kenangan Hari Guru.

DSC00018DSC00016



Penjodoh Bilangan

Mei 11, 2009

BAHASA MELAYU PMR

TATABAHASA

signn

PENJODOH BILANGAN

Penjodoh

Penggunaannya

Batang Digunakan untuk benda-benda yang panjang seperti pohon, pena, sungai dsb.
Bentuk Digunakan untuk benda-benda yang berkeluk seperti cincin dan mata kail
Bidang Digunakan untuk benda-benda yang luas seperti tanah, tikar, layar dsb.
Biji Digunakan untuk benda yang kecil-kecil seperti telur, buah-buahan dsb.
Bilah Digunakan untuk benda yang menyerupai belahan kayu atau buluh seperti pisau, parang, keris dsb.
Buah Digunakan untuk benda yang tidak tentu bentuk atau jenisnya seperti rumah, kenderaan, Bandar, negeri, perabot, dsb.
Buku Digunakan untuk benda yang berbongkah seperti roti, sabun dsb
Butir Digunakan untuk benda yang bulat dan kecil
Carik Digunakan untuk benda yang dikoyakkan seperti kertas, kain dsb.
Cebis Sama dengan carik
Cucuk Digunakan untuk benda yang dicucuk dengan lidi,seperti sate, buah-buahan.
Das Digunakan untuk bunyi tembakan atau letupan seperti pistol, senapang dan meriam
Ekor Digunakan untuk binatang
Gugus Digunakan untuk pulau atau untuk buah-buahan seperti anggur, kelapa sawit dsb.
Helai Digunakan untuk menghitung benda-benda yang lebar dan tipis seperti daun, baju, kertas dsb.
Ikat Digunakan untuk benda yang diikat seperti kayu, sayu-sayuran dsb.
Iris Digunakan untuk benda yang dipotong tipis-tipis seperti daging ,bawang dsb.
Jambak Digunakan untuk buah-buahan, bunga, kunci dsb.
Kaki Digunakan untuk payung dan bunga
Kawan Digunakan untuk kumpulan binatang seperti gajah, kerbau dan untuk kumpulan manusia yang dianggap sebagai gerombolan orang jahat.
Kelompok Digunakan untuk kumpulan benda, manusia, binatang, bintang dan pulau yang berkumpul atau dikumpulkan menjadi satu.
Kepal Digunakan untuk benda yang disukat dengan genggam tangan seperti nasi pulut.
Keping Digunakan untuk benda yang pipih atau tipis seperti papan, gambar, roti dsb.
Kerat Digunakan untuk bahagian daripada sesuatu yang dikerat
Ketul Digunakan untuk benda yang berketul dan padu seperti batu, ais, daging yang dipotong.
Kotak Digunakan untuk benda yang diisikan di dalam kotak seperti sabun, mancis dsb.
Kuntum Digunakan untuk bunga
Laras Digunakan untuk senjata api seperti senapang,pistol,meriam dsb.
Lembar Digunakan untuk benda yang panjang atau luas bidangnya seperti benang, tali dsb.
Naskhah Digunakan untuk menghitung buku, majalah dsb.
Orang Digunakan untuk manusia.
Papan Digunakan untuk benda yang berkeping-keping seperti petai, mercun dsb.
Pasang Digunakan untuk benda yang berpasangan seperti anting-anting, sepatu dsb.
Patah Digunakan untuk kata.
Pintu Digunakan untuk rumah, kedai dsb.
Potong Digunakan untuk benda yang dipotong seperti daging, kuih dan roti.
Pucuk Digunakan untuk senjata api, surat, rebung dsb.
Puntung Digunakan untuk kayu, rokok dan sebagainya yang berlebih daripada yang dibakar.
Rangkap Digunakan untuk pantun, syair dsb.
Rawan Digunakan untuk kancing baju dan benda-benda yang labuh seperti jala.
Sikat Digunakan untuk pisang.
Sisir Sama dengan sikat.
Tandan Digunakan untuk benda yang bergugus-gugus seperti kelapa, pisang dsb.
Tangkai Digunakan untuk bunga.
Ulas Digunakan untuk isi buah seperti nangka, cempedak dan limau
Untai Digunakan untuk benda yang berangkaian seperti kalung, manik, mercun, dan untuk madah, pantun dsb.
Urat Digunakan untuk benda yang panjang dan halus seperti benang dan rotan.
Utas Digunakan untuk benda yang berangkaian seperti tali dan rantai.

Panduan dan Contoh Ringkasan PMR

Mei 7, 2009

write

Kertas Dua : Bahagian A

PENILAIAN MENENGAH RENDAH

BAHASA MELAYU

Kod 02/02

BAHAGIAN A (i)

RINGKASAN

Nota:

–  Calon dikehendaki meringkaskan petikan berdasarkan kehendak soalan supaya menjadi

tidak melebihi 80 patah perkataan.

–  Contoh:

o Tulis sebuah ringkasan tentang masalah penjualan buku-buku dalam bahasa Melayu.

o Tulis sebuah ringkasan tentang faktor-faktor yang menyebabkan banjir kilat di ibu kota.

o Tulis sebuah ringkasan tentang cara-cara memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak.

–  Biasanya petikan yang dikemukakan adalah rencana tentang isu-isu semasa.

–  Sebanyak 40 minit diperuntukan untuk menjawab Bahagian A(i) dan A(ii).

–  Markah yang diperuntukan pula ialah 20 markah.

Teknik Meringkaskan Petikan:

–    Calon perlu membaca dan memahami arahan soalan di samping memastikan jumlah perkataan yang

dikehendaki.

–    Baca petikan lebih daripada sekali dengan teliti sehingga betul-betul faham akan isi petikan tersebut.

–    Semasa membaca petikan, garisi perkataan yang menggambarkan isi yang dikehendaki oleh soalan.

–    Cuba gabungkan perkataan-perkataan tersebut untuk membentuk isi yang mantap.

–    Huraian isi dan contoh-contoh perlu ditinggalkan.

–    Calon digalakkan menggantikan huraian isi yang panjang dengan perkataan tertentu atau istilah lain yang      lebih sesuai.

–    Selepas menulis ringkasan itu sila kira jumlah perkataan serta semak jika terdapat kesalahan ejaan atau     tatabahasa.

–    Markah maksimum untuk isi ialah 10 markah (5 isi x 2 = 10 markah); manakala markah maksimum untuk     bahasa ialah 10 markah (bergantung pada persembahan bahasa pelajar).

–    Tulis ayat-ayat baru dalam satu perenggan sahaja.

–    Salin hasil ringkasan dalam kertas jawapan dengan tulisan yang kemas. Kemudian, tulis jumlah perkataan di

bahagian kanak jawapan.

INGAT!!! Jangan salin ayat bulat-bulat daripada isi tersebut; dan jangan ubah kesemua perkataan yang

terdapat dalam isi tersebut kerana bimbang maksudnya akan terpesong.

Contoh Soalan:

Baca petikan di bawah dengan teliti dan tulis sebuah ringkasan tentang kebaikan belajar secara berkumpulan. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Kita sering mendengar beberapa istilah seperti kumpulan perbincangan, study group, study circle, halaqah ataupun usrah. Pada umumnya, kumpulan perbincangan ini merupakan suatu kumpulan kecil individu yang ditubuhkan untuk membincangkan dan bertukar-tukar pendapat tentang perkara-perkara tertentu bagi kepentingan anggota kumpulan tersebut. Aktiviti ini dianggap suatu tradisi meningkatkan ilmu jika perbincangan itu dijalankan secara berkekalan.

Dalam proses memahami bahan-bahan yang kita peroleh daripada buku atau kuliah untuk disusun dalam bentuk lebih kemas, kita memerlukan perbincangan. Kerap kali kita mempunyai pecahan-pecahan ilmu yang terasing atau bahan yang berselerak dan kita tidak dapat mengaitkannya dengan konteks yang sebenarnya. Mungkin pecahan-pecahan yang kita miliki tidak cukup untuk kita kaitkan dan sambungkan sebagai satu kesatuan yang jitu.

Kita memerlukan orang lain untuk memberikan pecahan-pecahan yang tidak kita miliki itu dan menyusunnya sebagaimana isi kandungan itu seharusnya disusun. Tugas itu memerlukan perkongsian pendapat dengan rakan-rakan atau orang yang sama-sama mahu mendapatkan pengetahuan tersebut. Jikalau perbincangan itu disertai oleh orang yang lebih mahir dan pakar, kesan perbincangan itu lebih bermakna.

Apabila kita bekerja dengan orang lain, kadar kepantasan kita akan meningkat. Hal ini demikian kerana adanya unsur-unsur persaingan dan tentulah kita mahu mengemukakan pendapat yang terbaik dan sumbangan yang bermanfaat kepada kumpulan. Dengan demkian kita akan membuat persediaan awal yang bersungguh-sungguh untuk menyayakan perbincangan itu.

Namun begitu, kumpulan perbincangan itu ada juga keburukannya. Bagi sesuatu perkara yang rumit dan memerlukan kebolehan intelektual, perbincangan lebih banyak memberikan gangguan dan akhirnya objektif pembelajaran tidak tercapai.

Contoh Jawapan:

Kumpulan perbincangan diadakan bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat tentang sesuatu perkara dalam kalangan ahli. Melalui aktiviti ini, pemahaman tentang sesuatu perkara dapat dipertingkatkan. Nota hasil pembelajaran dapat disusun dengan rapi. Ada rakan-rakan yang dapat menjelaskan sesuatu perkara yang sukar difahami dengan terperinci. Selain itu, nota pelajaran juga dapat disusun mengikut urutan yang tepat. Semua ahli kumpulan mendapat faedah hasil daripada perbincangan yang dilakukan. Akhir sekali kumpulan perbincangan dapat meningkatkan kecekapan bekerja setiap ahli kumpulan.

BAHAGIAN A (ii)

PEMAHAMAN

Nota:

–    Tiga soalan akan dikemukakan.

–    Soalan (i) dan Soalan (ii) lazimnya berkaitan dengan isis petikan. Sila rujuk petikan untuk mendapatkan

jawapan.

–    Soalan (iii) merupakan soalan terbuka yang memerlukan kemahiran berfikir murid. Jawapan perlu

munasabah.

–    Markah yang diperuntukan ialah 10 markah.

Teknik Menjawab Soalan Pemahaman

1.    Calon perlu memahami kehendak soalan yang dikemukakan dan jumlah markah yang ditetapkan bagi

setiap soalan.

  1. Soalan (i) Soalan tentang maksud frasa atau rangkai kata dan juga peribahasa yang terdapat dalam

petikan dan 2 markah akan diberi.

  1. Seboleh-bolehnya, gantikan setiap perkataan dalam rangkai kata tadi dengan perkataan anda

sendiri, tetapi hendaklah mengikut maksud penggunaannya dalam petikan.

  1. Soalan (ii) adalah soalan  pemahaman berdasarkan petikan dan markah yang diberi ialah 4.
  2. Oleh sebab soalan ini berdasarkan petikan, pelajar mestilah mencari isi jawapannya dalam petikan

tersebut.

  1. Setelah ditemui, jangan disalin bulat-bulat tetapi seperti menjawab ringkasan, pelajar sekurang-

kurangnya mengubah satu atau dua perkataan.

  1. Markah yang diberi ialah 4, maka pelajar perlu mengemukakan lebih daripada satu isi (2, 3

atau 4 isi jika ada dalam petikan).

  1. Soalan (iii) merupakan soalan pendapat yang jawapannya dikategorikan sebagai tersirat.
  2. Hal ini bermakna pelajar mesti membuat kesimpulan atau memberikan pendapat sendiri.

Contoh Soalan  dan Jawapan (Berdasarkan petikan di atas)

(i)             Apakah maksud tradisi meningkatkan ilmu dalam petikan di atas?

Tradisi meningkatkan ilmu bermaksud suatu cara yang sering dilakukan untuk menambahkan pengetahuan seseorang.

(ii)            Berikan dua cara belajar secara berkumpulan dapat dilakukan?

Berbincang dalam satu kumpulan yang disertai oleh orang yang lebih mahir dan pakar dalam aspek yang sedang dibincangkan. Selain itu, mengemukakan pendapat yang bernas dan yang terbaik sebagai tanparan kepada cabaran pengetahuan ahli kumpulan yang lain.

(iii)           Pada pandangan anda, bagaimanakah cara untuk memberitahu murid tentang kebaikan belajar secara berkumpulan?

Guru mata pelajaran hendaklah menjelaskan kepada murid bahawa belajar secara berkumpulan akan menyebabkan pelajaran kekal lama dalam ingatan. Pihak sekolah juga boleh mengadakan ceramah tentng cara belajar secara berkumpulan yang efisien. Selain itu, murid yang telah berjaya menggunakan akedah ini dijadikan murid contoh. Di samping itu, pihak kaunselor hendaklah memberi ceramah motivasi diri dan pengurusan diri untuk menjadi murid yang cemerlang.